SENARIO TINGKATAN ENAM SEMASA
Oleh
Hasbullah
Hj Abu Kassim
Penolong
Kaunselor Pentadbir, JPWP Kuala Lumpur
Keratan akhbar
UTUSAN MALAYSIA, 4 Mac 2003, menyatakan…,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
akan mengutamakan calon lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon
lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi
awam (IPTA)…, berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai
keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi – maka KPM
akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja. Tambah
KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program
ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya. Sementara
itu, atlet sukan yang cemerlang dan pernah mewakili negara atau negeri akan
diberi kelonggaran untuk memasuki IPTA berdasarkan kursus yang dipohon. KPM juga menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM 2002 untuk ke IPTA(Bertambah 11%
tahun 2003 berbanding tahun 2002) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00
lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang.
KELEBIHAN
PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM
Kebanyakan pelajar
mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan
program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak
dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian
di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.
Malahan, sekolah
yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di
seluruh negara. Di samping itu, meneruskan pengajian ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal
di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.
Selain sijil T6
diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan
pendidikan ke ijazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak
diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga
gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.
Syarat yang
dikenakan untuk memasuki T6 juga mudah iaitu LULUS dalam SPM dengan KEPUJIAN 3
subjek termasuk BAHASA MELAYU serta berumur antara 17 hingga 20 tahun. Untuk
kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN – calon mestilah memperolehi jumlah aggregat
TIDAK MELEBIHI 8 unit bagi tiga subjek terbaik dan jurusan SAINS,
calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dengan jumlah aggregat
yang tidak melebihi 18 unit. ( Buletin KPM: WARTAPENDIDIKAN, Bil 2/1999)
PERBANDINGAN
ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI
TINGKATAN
ENAM
|
MATRIKULASI
|
Tempoh pengajian 3 semester
|
Tempoh pengajian 3 semester
|
Aliran sains dan kemanusiaan
|
Aliran sains hayat, fizikal
& perakaunan
|
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA
& luar negara
|
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan
sahaja (Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding
beberapa negara luar)
|
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
|
Kos lebih tinggi
|
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
|
Tidak diiktiraf oleh JPA
|
Setaraf A level
|
Kurikulum berpandukan STPM
|
Penghantar Bahasa Melayu
|
Penghantar Bahasa Melayu
|
Pusat di sekolah seluruh negara
|
Di kampus universiti atau pusat khas
(kolej/sekolah
|
Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia
Semoga dengan
pendedahan ini akan meluaskan pengetahuan pelajar khususnya pelajar tingkatan 6
rendah yang baru mendaftar. Yang terpenting, pelajar mempunyai
semangat dan daya usaha yang kuat untuk berjaya dalam STPM. Ingatlah, kejayaan
seseorang pelajar dalam STPM itu bergantung kepada jumlah kapasiti USAHA pelajar
itu sendiri bukannya kepada faktor popular sesebuah sekolah ataupun nama
sesebuah sekolah itu.
OK, TAHNIAH, SYABAS DAN SELAMAT DATANG KE ALAM FORM
SIX !
No comments:
Post a Comment