22 September 2011

21 Jenis Kunci Kebaikan

  1. Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.
  2. Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
  3. Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
  4. Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
  5. Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
  6. Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
  7. Kunci kemanjuan/Kelebihan  adalah bersyukur.
  8. Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
  9. Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
  10. Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT
  11. Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
  12. Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
  13. Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.
  14. Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
  15. Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
  16. Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
  17. Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
  18. Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  19. Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
  20. Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
  21. Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.
Sumber : WAKAF KITA'11

16 September 2011

Wanita Yang Wajib Dijauhi Oleh Seorang Lelaki

Ada satu pandangan daripada pakar cinta dari luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil ciri-ciri tersebut di blog saya.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu kepada kita supaya dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal.

Dia kelihatan normal pada luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting yang kita buat.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah sebagai kapal persinggahan sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Setelah selesai apa yang dia inginkan, dia akan mengatakan selamat tinggal kepada kita.

Sumber : Tentang Cinta

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki


Di bawah ni disediakan beberapa sikap wanita yang disukai @ diminati lelaki. Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan wanita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah wanita yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Lelaki akan berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan2 sebaliknya cuba mengerti persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang menjadi idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Wanita yang murah dengan senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Wanita yang suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya ramai anak??

5. Pandai berbicara
Lelaki juga mudah tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Wanita itu bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Wanita juga perlu tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri walau di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki juga menyukai wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna di mata lelaki…

Sumber : Tentang Cinta

14 September 2011

7 Sebab Kenapa Cinta Itu Buta

  1. Dah tak nampak orang lain selain dia… ~ mungkin kalian pon pernah rasa benda ni.. kita dah tak nampak orang lain selain dia... bagi kita dialah yang terbaiknya walaupun berlambak lagi orang yang jauh lebih baik dari si dia... walaupun ada orang yang jauh lebih baik dari dia nak kan kita, tapi kita tetap setia kat dia… bagi sapa2 yang tak pernah alami, tengok cerita korea pon dah cukup… hero no 1 tu tak ada lah baik mana..hero no 2 jauh lebih baik dan sentiasa di sisi tak kira apa jua keadaan.. tapi, si heroin tetap nak hero pertama..
  2. Dah tak nampak apa itu sakit…. ~ bumi mana yang tak ditimpa hujan.. begitu jugalah cinta..cinta mana yang tak berlinang air mata… tapi, itulah, bila dah bercinta, sakit macam mana sekalipon dah tak nampak…diteruskan uga pendertaan itu walaupun terasa sakitnya…
  3. Dah tak nampak yang mana haram dan yang mana halal…. ~ adat kapel, mesti pegang tangan…advance sikit, peluk..advance lagi….ha, taw2 sendirilah.. kadang2 cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya..ibarat dunia ini tiada pengakhirnya…ibarat tindakan yang tiada balasannya..
  4. Dah tak nampak jasa mak ayah… ~ ada yang bercinta, sanggup derhaka kepada ibu bapa… ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa… kasih sayang ibu bapa yang bertahun2 habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika.. tapi itulah cinta..kadang2 membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah…
  5. Dah tak nampak kawan2… ~ kadang2 bila kita bercinta, ia membuatkan kita dah tak nampak kawan2.. semuanya akan ikut kata si dia.. kalau si dia kata tak boleh keluar dengan kawan2, kita pon dok turut je lah…taat tanda sayang.. tapi taat yang tak bertempat…tapi, sebenarnya, kawan2 lah yang dok kita cari bila gaduh dengan si dia…si kawan lah yang dok dengar tangis kita bila kita bergaduh…tapi kita tetap sayang si dia dari si kawan kan…
  6. Dah tak nampak apa erti pokai @ membazir… ~ kalau dok bercinta, kadang2 kita sendiri dah tak nampak yang kita dok membazir yang bukan2 untuk si kekasih.. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone.. tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita, ada kita belikan mereka telephone? silap2, baju sehelai pon kita tak terbeli untuk mereka…kadang2, demi kekasih, tatkalau kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan2 semata2 nak belikan hadiah birthday untuk si dia..
  7. Kita dah tak nampak cinta Allah yang jauh lebih manis berbanding cinta si dia… ~ bila dah sayangkan dia, kadang2 kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia.. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya…kita sanggup bergayut dengan dia berjam2 sampai dok panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pon tak sampai… betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta…kalau dia merajuk, cepat2 kita pujuk.. tapi dengan Allah, kita wat endah tak endah jer…

Kesimpulannya:
Memandangkan cinta itu buta, maka carilah cinta yang berhak sebagai contoh cinta kita kepada Allah… kalau kita buta dalam cinta Allah pon, sudah pasti kita tidak akan sesat kerana sentiasa dalam hidayah dan taufiq-Nya… ya Allah, janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia, tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepadaMu,amin…

13 September 2011

Sebab Kenapa Perempuan Yg Memakai Tudung Lebih Cantik

  1. Sebab dia nak tutup aurat..
     
  2. Sebab dia jaga maruah diri dan keluarga…
     
  3. Sebab dia memang cantik..
     
  4. Sebab dia tak nak tunjuk kecantikan dia kecuali pada yang berhak..
     
  5. Sebab dia seorang yang pandai jaga diri…
     
  6. Sebab dia seorang anak solehah…
     
  7. Sebab dia dengar cakap mak bapak dia..
     
  8. Sebab dia menghormati orang lain..
     
  9. Sebab takut apabila dia tak pakai tudung orang tengok dia cantik dan ada niat yang tak baik..
     
  10. Sebab tak nak diminati ramai lelaki..
     
  11. Sebab tak nak menyusahkan orang lain..
     
  12. Sebab dapat pahala..
     
  13. Sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..
     
  14. Sebab supaya dapat menjadi contoh pada perempuan lain..
     
  15. Sebab supaya lelaki yang beriman je yang suka kat dia..
     
  16. Sebab mendengar suruhan nabi…
     
  17. Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. jadi dia tak nak sewenang2nya menunjuk kepada lelaki kerana jika dia menunjuk maknanya dia dah tak bernilai kerana mahkota dia telah dilihat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)
     
  18. Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..
     
  19. Sebab patuh pada suami..
     
  20. Sebab paling penting..die orang islam…
     
  21. Sebab dalam Al-Quran suruh dia pakai tudung..kalau orang Islam tapi tak berpegang pd Al- Quran.. nak berpegang pada ape lagi..??
     
  22. Pasal korang mamang cantik laa kalau pakai tudung..orang lelaki mamang suka pada orang pompuan yang pakai tudung…aku tahu sebab aku lelaki..
     
  23. Pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung diorang akan “syok sendiri” yang diorang tu lawa…rugi laa kalau camtu…pakai laa tudung wahai muslimah Islam.
     
  24. Pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2….mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yang baik….

Tiga Langkah Awal Atasi Putus Cinta

Mengatasi putus cinta tergantung dari beberapa faktor, seperti: seberapa lama dan intensitas hubungan Anda, tingkat keintiman, dan seberapa besar investasi diri Anda pada hubungan tersebut. Karena itu proses penyembuhan setiap orang berbeda-beda.
Beberapa orang dapat dengan mudah mengatasi putus cinta dan melupakan mantan kekasihnya hanya dalam hitungan minggu saja, namun beberapa lainnya terpuruk sedemikian lama hingga berbulan-bulan, bahkan tahunan, keluar dari belenggu sakit hati akibat putus cinta.
Mungkin Anda termasuk golongan yang pertama, atau mungkin yang kedua, tapi bagaimanapun juga sebuah proses penyembuhan tidak akan pernah di mulai apabila Anda tidak melakukan apapun. Jadi setelah Anda menyadari dan mengerti hal pertama yang harus dilakukan: STOP Berpikir Sendiri, maka berikut adalah tiga langkah awal yang bisa langsung Anda kerjakan saat ini juga.

1. Berdoa.
Jangan meremehkan kekuatan sebuah doa. Dan saya tidak sedang berbicara mengenai hal yang spiritual atau religius. Saya sedang berbicara tentang sebuah proses psikologis yang nyata. Karena dengan berdoa, Anda mengijinkan diri Anda untuk menerima kenyataan, menerima semua rasa sakit, merelakannya dengan ikhlas, dan yang terpenting, memaafkan diri Anda sendiri. Saya tidak peduli apa agama dan kepercayaan Anda, saya bahkan tidak peduli apakah Anda beragama atau tidak, yang saya ingin Anda lakukan hanyalah mengucapkan beberapa baris kalimat di bawah ini dengan segenap perasaan dan seluruh niat Anda.Ambil waktu dan tempat pribadi di mana Anda tidak akan diganggu, dan ucapkan kalimat berikut dari dasar hati Anda:
“Saya sangat bersyukur karena telah mendapat kesempatan yang berharga bertemu dengan XXX (sebutkan nama mantan kekasih Anda). Saya bersyukur atas semua masa-masa indah dan kenangan manis yang telah saya alami bersamanya. Maafkan kesalahan saya yang tidak bisa menjaga hubungan ini, dan maafkan kesalahan XXX yang tidak bisa mempertahankan hubungan ini. Saya berdoa agar dia selalu bahagia dan mendapatkan apa yang dia cari. Tolong jaga dan lindungi XXX karena saya menyayanginya. Terimakasih atas pengalaman yang berharga ini. Saya tidak akan menyia-nyiakannya. Saya menerima dan merelakan semua yang terjadi. Amin..”
Begitu Anda selesai berkata “amin..”, saya janji Anda akan langsung merasakan kelegaan yang luar biasa. Kelegaan atas segala rasa bersalah dan ketidak relaan yang menghimpit Anda selama ini. Anda akan merasakan tubuh dan hati Anda menjadi lebih ringan, seolah-olah sebuah beban berat telah diangkat. Dan Anda pun akan siap untuk langkah yang berikutnya.

2. Lakukan kegiatan yang membuat Anda sehat, nyaman dan energik.
Anda perlu menaruh perhatian yang besar pada kesehatan dan kenyamanan hidup Anda. Tidak ada orang yang dapat melakukan itu selain Anda sendiri. Misalnya hal-hal seperti shopping, memperbaiki pola makan dan istirahat, serta apapun yang membuat Anda bersemangat kembali. Saya sangat menganjurkan Anda mulai berolah raga, mungkin fitness atau jogging dengan teman-teman Anda. Karena bukan saja Anda akan merasa lebih sehat, olah raga adalah tempat penyaluran yang positif bagi emosi negatif Anda.
Gali lagi hobi Anda yang terhilang. Anda pasti punya beberapa minat dan hobi yang dikubur semenjak pacaran dahulu, entah karena terlalu sibuk atau bertentangan dengan minat sang kekasih saat itu. Saatnya bagi Anda untuk kembali menggali dan memainkan hal-hal tersebut lagi.

3. Temui sahabat-sahabat Anda.
Salah satu hal terpenting dalam proses penyembuhan adalah menceritakan bagaimana keadaan dan perasaan Anda. Sebisa mungkin usahakan agar Anda tidak merenung sendirian terlalu banyak. Berkumpul lah bersama teman-teman Anda, dan bersenang-senanglah.
Selain sahabat-sahabat terdekat, Anda juga dapat menghubungi teman-teman yang sudah lama tidak pernah bertemu dengan Anda. Kontak mereka melalui Facebook dan atur janji untuk reuni kecil-kecilan. Ketika Anda bertemu dengan teman-teman lama Anda, teman SMP/SMA mungkin, sudah pasti akan tercipta suasana yang menyenangkan. Dan ini sangat bagus untuk Anda.
Dan selanjutnya Anda pun bisa mulai bertemu dengan teman-teman baru. Buka diri Anda dan jangan menutup pergaulan. Bertemu orang-orang baru akan memberikan pengalaman baru bagi Anda, dan ketika Anda dikelilingi oleh suasana yang baru, akan sulit bagi Anda untuk terus memikirkan masa lalu Anda.
Ketika Anda melakukan ketiga langkah di atas untuk pertama kalinya, mungkin belum terasa sebuah perubahan yang signifikan pada keadaan emosi maupun hidup Anda, tapi yang jelas hal tersebut JAUH LEBIH BAIK dari pada bila Anda hanya bermuram durja dan meratapi kesedihan Anda yang tiada akhir.

Semakin sering Anda bersedih, semakin terpuruk keadaan Anda, dan semakin sulit pula untuk menyembuhkan diri serta meraih kebahagiaan Anda kembali.

Sumber: PutusCinta.com

11 September 2011

TINGKATAN ENAM


SENARIO TINGKATAN ENAM SEMASA
Oleh
Hasbullah Hj Abu Kassim
Penolong Kaunselor Pentadbir, JPWP Kuala Lumpur


Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA, 4 Mac 2003, menyatakan…,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi awam (IPTA)…, berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi – maka KPM akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja. Tambah KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya. Sementara itu, atlet sukan yang cemerlang dan pernah mewakili negara atau negeri akan diberi kelonggaran untuk memasuki IPTA berdasarkan kursus yang dipohon. KPM juga menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM 2002 untuk ke IPTA(Bertambah 11% tahun 2003 berbanding tahun 2002) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00 lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang.



KELEBIHAN PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM

Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.

Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan pengajian ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.

Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.

Syarat yang dikenakan untuk memasuki T6 juga mudah iaitu LULUS dalam SPM dengan KEPUJIAN 3 subjek termasuk BAHASA MELAYU serta berumur antara 17 hingga 20 tahun. Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN – calon mestilah memperolehi jumlah aggregat TIDAK MELEBIHI 8 unit bagi tiga subjek terbaik dan jurusan SAINS, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dengan jumlah aggregat yang tidak melebihi 18 unit. ( Buletin KPM: WARTAPENDIDIKAN, Bil 2/1999)



PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI 

TINGKATAN ENAM
MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semester
Tempoh pengajian 3 semester
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja (Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar)
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan 
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Penghantar Bahasa Melayu
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah
Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

Semoga dengan pendedahan ini akan meluaskan pengetahuan pelajar khususnya pelajar tingkatan 6 rendah yang baru mendaftar. Yang terpenting, pelajar mempunyai semangat dan daya usaha yang kuat untuk berjaya dalam STPM. Ingatlah, kejayaan seseorang pelajar dalam STPM itu bergantung kepada jumlah kapasiti USAHA pelajar itu sendiri bukannya kepada faktor popular sesebuah sekolah ataupun nama sesebuah sekolah itu.

OK, TAHNIAH, SYABAS DAN SELAMAT DATANG KE ALAM FORM SIX !

10 September 2011

Hati-hati Dalam Membeli Pendrive 32gb


Assalamualaikum..


  Waktu aku dok belek-belek a.k.a blogwalking, aku terjumpa la satu artikel ni. Aku rasa artikel ini memang penting untuk semua. Jadi aku share kat blog aku ni ok.





Kisah membeli pendrive....Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.

Anda kena berhati-hati~!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!! 



SEKADAR BERKONGSI MAKLUMAT.


CREDIT TO : WAKAF KITA'11