18 July 2012

KOLEKSI AYAT-AYAT JIWANG

  1. Andai kau dapat melihat ke dalam hatiku ini... Andai saja kau dapat membaca fikiranku... Betapa ruang jiwaku ini penuh dengan bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku... Senyumanmu dan suaramu teduhkan jiwaku... Cintailah diriku dengan kesungguhanmu kasih...
  2. Biarlah yang dulu menjadi masa laluku, dan kau akan menjadi masa kini serta masa depanku.
  3. Kalau cinta ini ibarat penyakit, aku taknak makan ubat... Biarlah aku merana diserang penyakit ini kerana aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
  4. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja... Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi kapada dirimu!
  5. Aku terasa sesuatu di dalam hatiku ini, ianya seperti bara yang kecil... Setiap kali aku melihat dirimu, bara ini semakin menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!
  6. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan cintamu kepada orang lain... Kerana hanya aku cinta kau...
  7. Aku mahu kau tahu betapa aku mencintaimu setulus hatiku... bukan hipokrit... bukan cinta palsu... bukan untuk kepentingan... Ini adalah cinta tanpa syarat... Aku begitu menyintaimu...
  8. Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama untuk menyatakan cintaku padamu...
  9. Cintaku padamu bukan ibarat kertas... Cintaku adalah bara yang sentiasa menyala dan semakin marak ditiup kerinduan padamu...
  10. Kita dilahirkan untuk saling cinta-mencintai dan ia adalah teras dalam kehidupan yang abadi antara kau dan aku.
  11. Usahlah kita bersedih apabila hilangnya sinar mentari tika hujan membasahi bumi, kerana pasti akan timbul sinar pelangi yang akan menggamit kembali keindahan alam ini...
  12. Aku tidak mengimpikan seorang bidadari sebagai suri hidupku yang punyai kecantikan dan kemewahan, tetapi cukuplah seorang insan yang pasti menemaniku dikala aku dihimpit sebarang masalah...
  13. Jatuh itu memang amat memeritkan tetapi jatuh cinta padamu ingin ku ulang berkali-kali...
  14. Cinta kita umpama papan kekunci komputer, jika kau lihat huruf I dan U yang terletak bersebelahan, begitu jugalah cintaku padamu.
  15. Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku...

No comments: