19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H / 2012M


♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. • * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. • *♥ * • .♫.• *` ¨ * • .¸ ♥ * • .♫.• *` ¨ * • .¸ ♥
♥ ♥ ♥ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H ♥ ♥ ♥

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Pejam celik, pejam celik kita sudah sampai ke akhir Ramadhan Al-Mubarak dan sekaligus akan menerima bulan Syawal iaitu bulan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada mama (Salasiah bt Bajuri) & abah (Abd Halim b Idris), adik-baradik (Amni Safuhah, Muhammad Safwan, Syaza Najihah & Muhammad Hazlami), pak cik & mak cik, sepupu2, dan rakan-rakan yg mengenali diri ini walau di mana pon anda brada... ♥
♥ maaf zahir & batin andai kata ada terkasar bahasa dan ada buat salah & silap... ♥ 
♥ ♥ ^_^ ♥ ♥ ♥



WALAU TANGAN TIDAK BERJABAT, UCAP TIDAK TERDENGAR, MATA TIDAK BERTENTANG...
MAAF UNTUK LISAN YANG TIDAK TERJAGA, JANJI YANG TERABAI, ATAU SELALU BERPRASANGKA DAN SIKAP YANG SELALU MENYAKITKAN HATI...


01 August 2012

DOA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Salam kepada pembaca blog saya,

Di bawah ini disediakan beberapa doa yang boleh diamalkan oleh mereka yang bakal menghadapi peperiksaan. Semoga dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan.


1. DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMAN YANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN

(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran sama ada dari buku atau nota)


(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)

Maksudnya: 

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

2. DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya

"Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"

3. DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali

Maksudnya: 

"Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".

4. DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG 

(Dibaca sebelum tidur setiap harisehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya

"Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".

5. DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA.

(Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.)


Maksudnya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan."



Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.

Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita bersama.
Wasallam...