18 December 2011

NUKILAN CINTA UNTUKMU


1. Aku mencintaimu bukan kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bukan kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bukan kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu.

2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu.

3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..

5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

12 December 2011

5 Tips Dalam Berpasangan

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.

Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?

2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.

3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.

4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.

Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.

Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat, sila hantarkan melalui ruangan komen di bawah ini. :)

sumber : Tentang Cinta

07 December 2011

CINTA vs SUKA

Di hadapan orang yang kita CINTA, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita SUKA, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita CINTA, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita SUKA, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita CINTA, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita SUKA, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita CINTA, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita SUKA, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita CINTA, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita SUKA, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita CINTA.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita SUKA.

Bila orang yang kita CINTA menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita SUKA menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan CINTA bermula dari kata.
Perasaan SUKA bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita SUKA. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. CINTA berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda CINTA.

3 CARA MUDAH MELUAHKAN PERASAAN CINTA TANPA KATA-KATA

 
Bagi seseorang yang menghargai perkataan cinta, ianya pasti agak sukar untuk mereka meluahkan perasaan itu. Adakah luahan yang dilakukan hanyalah semata-mata pengisytiharan atau komitmen yang sanggup diberikan? Adakah ia hanya satu ucapan ringkas sebagai tanda penghargaan? Adakah anda mengetahui tujuan utama anda meluahkannya? dan wujud pelbagai persoalan lagi. Ramai pendapat yang bersetuju bahawa luahan adalah tidak penting berbanding tindakan atau perlakuan. Utamakan tindakan terlebih dahulu kemudian barulah ianya disusuli pula dengan luahan kata-kata.

Tunjukkan penghargaan - Cara paling mudah untuk anda meluahkan perasaan cinta adalah dengan menunjukkan penghargaan kepada seseorang. Terdapat pelbagai cara untuk anda mengekspresikannya. Ianya hanya terpulang kepada kreativiti anda sendiri. Salah satu contoh yang mungkin boleh diberikan adalah dengan memberikannya kad ucpan penghargaan, kata-kata yang merujuk penghargaan, tunjukkan rasa hormat kepadanya atau dengan memberikan hadiah. Ianya tidak seharus berbentuk meterialistik semata-mata, terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda.


Luangkan masa - Sekiranya anda sanggup untuk meluangkan masa terhadapnya, ia juga merupakan salah satu cara luahan perasaan yang terbaik. Terutamanya terhadap perhubungan yang melibatkan jarak jauh. Ianya bukan hanya boleh diaplikasi untuk pasangan bercinta sahaja, sebaliknya anda juga boleh menggunakannya sebagai luahan perasaan cinta kepada ibu bapa anda sendiri yang semestinya lebih penting dari segalanya. Disini anda perlu ingat bahawa wang bukanlah segala-galanya.


Memberikan sokongan - Disebalik kejayaan seseorang, pasti ada seseorang yang memberikannya seratus peratus sokongan untuk berusaha lebih gigih untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Sekiranya anda betul-betul mencintai seseorang itu, sentiasalah memberikan sokongan terhadap segala usaha yang sedang diusahakannya. Berkemungkinan berkat sokongan anda yang tidak putus-putas akan memberikan pulangan yang berharga bukan terhadap dirinya sahaja, tetapi diri anda juga.